Karnival Maxis eKelas 2019

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 Ogos 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan beberapa lagi Pusat Internet zon Miri telah mengadakan Karnival Maxis eKelas 2019 bertempat di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah. Karnival ini telah disertai oleh 220 orang pelajar SPM 2019 dan 5 orang guru pengiring dan komuniti setempat berumur dalam lingkungan 18 sehingga 65 tahun.

Tujuan karnival Maxis eKelas 2019 ini diadakan adalah untuk memberikan pelajar-pelajar ilmu melalui guru yang mahir dan berpengalaman dalam penyampain tips untuk menjawab soalan peperiksaan terutamanya yang melibatkan subjek English dan Matematik.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari karnival ini ialah pendaftaran pelajar baru ke portal ekelas dibantu oleh staff Pusat Internet dan tips berkesan menjawab soalan peperiksaan dari guru yang berpengalaman. Peserta juga mendapat empat contoh soalan peperiksaan yang berlainan subjek disertakan dengan jawapan untuk rujukan mereka sebelum SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali